Sebarang pesanan boleh hubungi Amir Azmi di talian 013-4581890.Cara pembayaran bank in ke akaun kami Maybank.No Akaun: 1520-2330-1397.Setelah bank in sms dan nyatakan nama buku (termasuk bilangan),nama dan alamat.

Saturday, October 30, 2010

40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman


Buku "Empat Puluh Hadis Peristiwa Akhir Zaman" susunan Ustaz Abu Ali Al-Banjari A-Nadwi, menyebut petanda-petanda kiamat yang sekarang ini telah dan sedang kita rasakan. Bahkan debaran jantung dunia sentiasa akan dikejutkan oleh peristiwa-peristiwa ganjil yang akan terjadi dari masa ke semasa.
Buku ini sedikit sebanyak akan membantu pembaca mengenali tanda-tanda golongan yang sesat, supaya terpelihara daripada mereka dan tetap berada di garisan yang haq dan termasuk dalam golongan yang selamat.

Harga: RM 12.00

Kumpulan Hadis Nabawi


ISI KANDUNGAN

1 - Mutiara-Mutiara Indah Dari Hadis-Hadis Saidina Uthman Bin Affan R.A.

2 - Tujuan Yang Mulia Dari Sebahagian Hadis-Hadis Saidina Ali Bin Abi Thalib

3 - Tangga Untuk Menuju Kedudukan Yang Tinggi Dari Sebahagian Hadis-Hadis Saidina Abdullah Bin Mas'ud R.A.

4 - Curahan Rahmat Allah Dari Hadis-Hadis Saidina Jabir Bin Abdullah R.A.

5 - Pelajaran Yang Bermanfaat Bagi Orang Umum Dan Khusus Dari Sebahagian Hadis-Hadis Saidina Abdullah Bin 'Amru Bin 'Ash

Harga: RM 23.00

40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama


Buku ini menghimpunkan empat puluh buah Hadith yang membicarakan tentang kelebihan ilmu dan ketinggian darjat para ulama'. Ia telah disusun dalam untaian yang sangat baik dan diterbitkan sejak puluhan tahun yang lalu dan telah dicetak beberapa kali dalam edisinya yang berbahasa Arab. Dan buku ini juga sering dibaca di permulaan tahun pengajian sebagai pembuka tabir pengajian untuk mengingatkan akan kelebihan ilmu dan ketinggian martabat para ulama', dan juga sekaligus memberikan perhatian supaya para pelajar sentiasa rajin, bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ilmu, dan mendorong mereka agar mengamalkan ilmu yang telah diperolehi dan selanjutnya menanamkan di lubuk hati mereka kesedaran yang tinggi dan jiwa yang besar untuk menyampaikan ilmu yang telah mereka amalkan itu.

Harga: RM 12.00

Bustanul Arifin


Kitab "Bustanul 'Arifin" karangan Imam An-Nawawi Rahimahullahu Taala ini telah mendapat perhatian dan sambutan dari kalangan para ulama, kerana kandungannya sesuai dengan namanya, iaitu "Bustanul 'Arifin" yang bermakna "Taman Orang-orang Yang 'Arif Dengan Allah Taala". Ia sangat banyak mengandungi nasihat dan pelajaran yang berharga, terutama bagi mereka yang berusaha menuju ke arah ma'rifatullah yang sebenar.

Harga: RM 16.00

Al-Qaulu At-Taam fi Ahkami al-Makmum wal Imam


Menerangkan tentang hukum hakam solat berjemaah atas Mazhab Syafii karya Al-Imam Shihabuddin Ahmad yang masyhur dengan Ibnul Imad b Yusuf al-Misri a-Afqahami (meninggal dunia pada tahun 808H)

Harga: RM 23.00

Kiamat Hampir Tiba


Hari kiamat pasti akan terjadi.Di saat itu langit akan pecah, gunung ganang akan berterbangan, bumi dan seisinya akan hancur lebur.Bumi yang dipijak ini akan bertukar menjadi bumi yang lain. Langit yang menaungi kita juga akan bertukar dengan langit yang lain pula.

Harga:RM 12.00

Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki


Beliau adalah seorang tokoh yang terkenal pada abad ini.Ayahnya dan datuknya sehingga 7 keturunan adalah dari kalangan ulama yang terkenal di Mekah dan beliau adalah dari keturunan Rasulullah SAW dari zuriat Hasan b Ali b Abi Talib ra.

Harga: RM 14.00

40 Hadis Akhlak Mulia


Buku ini memaparkan kepada kita contoh2 yang terbaik dari ketinggian akhlak Rasulullah SAW dan memuatkan tunjuk ajar yang Baginda berikan untuk membimbing kita ke arah kesempurnaan akhlak yang merupakan gambaran luar terhadap kekuatan iman yang terhunjam di lubuk hati.

Harga: RM 12.00

NURUL YAKIN: KITAB SIRAH RASULULLAH S.A.W.


Sirah Rasulullah dibahagikan kepada dua zaman; zaman sebelum hijrah dan selepas hijrah. Setiap peristiwa yang berlaku didetilkan satu persatu.

Harga: RM 40.00

SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W. ; PENGAJARAN & PEDOMAN


Mengemukakan nokhtah-nokhtah penting dalam Sirah Nabi S.A.W. Menjelaskan pengajaran sebagai pedoman dalam kehidupan.

Harga: RM23.00

KITAB TAUHID (DIPERAKUI OLEH FAKTA SAINS)


Membincangkan rukun-rukun Iman menggunakan pendekatan yang sesuai dengan keadaan semasa. Mengemukakan contoh supaya objektif yang ingin digarap oleh al-Quran tercapai. Contohnya; al-Quran menyebut: 'Allah yang menjadikan api daripada pohon yang hijau basah'. Apa kata sains mengenai arang batu dan petrolium sebagai bahan api dan kaitannya dengan ayat ini?

Harga: RM 40.00

APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM


Memahami seseorang perlu menganut Islam dari segi akidah, akhlaq, ibadah, keluarga dan lain-lain. Menjelaskan tanggungjawab dan kewajipan seorang muslim. Masih hangat di pasaran walaupun sudah 20 tahun diterbitkan.

Harga:RM 17.00

Ahlan Wa Sahlan

Selamat datang ke blog ini.Dapatkan buku-buku agama seperti buku haraki, tauhid, sirah, tasauf dan lain-lain.Harga yang dipapar di sini adalah termasuk harga pos.Sebarang pesanan boleh hubungi Amir Azmi di talian 013-4581890.Cara pembayaran bank in ke akaun kami Maybank.No Akaun: 1520-2330-1397.Setelah bank in sms dan nyatakan nama buku (termasuk bilangan),nama dan alamat.